Saturday, 30 April 2011
Posted by BintangIslam at 04:09 0 comments
mngetuk pintu hti yg "terlena"..
Wahai warga Palestin
Yang sedang menderitaTabahkanlah hati Anda semua
Kami saudara Anda semua
Juga merasakan penderitaan Anda semua
Namun, wahai saudara kami
Maafkanlah kami
Kami semua tidak mampu membantu
Anda semua
Kami hanya berdoa
Kepada Tuhan yang Maha Esa
Kami tidak sanggup melihat ribuan orang tak berdosa
Harus menderita
Kami tidak sanggup melihat anak-anak kecil yang suci
Harus kehilangan nyawa mereka
Masa depan mereka telah sirna

Sekali lagi, wahai saudara-saudaraku
Maafkanlah kami,
Namun sungguh, tak dapat kubendung air mataku
Melihat kalian ditindas oleh Zionis laknatullah
Melihat tanah kalian dibanjiri oleh darah
Sabarlah wahai saudara-saudaraku di Palestin
Ini bukan bererti Tuhan kejam terhadap Anda semua
Ini bukan bererti Tuhan tidak adil terhadap Anda semua
Tuhan hanya ingin menguji iman Anda semua
Di akhir zaman nanti
Isa al-Masih
Akan diutus oleh Allah Azza wa Jalla
Untuk menghancurkan Zionisme
Dan mengembalikan kedamaian di dunia
Untuk selamanya ..
maaf wahai saudaraku,,
ku hnya mmpu memberi kesedaran
org disekelilingku
mengetuk pintu2 hati mrk yg trkdng lena
Posted by BintangIslam at 04:07 0 comments
Cermin diri dulu..baru org lain..
"Dngn nama Allah, yg Maha Pemurah, lg Maha Penyayang"
Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:
"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka."
H. R. Muslim
Penerangan Hadis:
Imam Nawawi ktika menulis hadis ni dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi pnjlasan seprti berikut:
"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".
"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".
Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.
Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.
Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.
Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN
Posted by BintangIslam at 03:57 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)






